Assalamualaikum W.B.T
Tengah melepak-lepak semalam saya terbaca kitab jenayah Malaysia...haha..bunyi cam serius jer kan..yang saya maksudkan akhbar tabloid paling laris di Malaysia..sering saya lihat berita muka depan akhbar ini akan memaparkan isu-isu hot yang berbaur jenayah atau seksualiti..Tapi saya bukan nak bercerita tentang akhbar itu..tapi saya tertarik bila setiap hari..dan saya ulangi "SETIAP HARI" pasti ada saja kes rompak..bunuh..rogol..ngeri siot...negara ni tak berperang tapi saya pun dah tak berani cakap negara ni aman sentosa..
Jadi bukan soal ini juga yang terlintas di benak saya..saya cuma terfikir kita sekarang di zaman moden yang pada dasar kononnya dilindungi pelbagai undang-undang tapi masih juga kita melihat orang berperilaku seperti barbarian walaupun tak sampai seperti cannibal...dalam keadaan yang rencang sebegini apa yang boleh kita harapkan..seorang superhero???
Mencari punca atau kaedah penyelesaian hal ini bukanlah semudah membeli dan membaca akhbar tadi..benda ini telah dibincang dan dibahas berulang kali oleh pelbagai pihak..tapi semakin hari kita melihat hal ini masih di tahap yang membimbangkan..
Cara yang terbaik dapat dilakukan adalah menjaga diri sendiri terlebih dahulu..kerana setiap sesuatu itu bermulanya dari pilihan diri..sebagai contoh kenapa ada pengedaran dadah berskala besar? Kerana wujudnya permintaan yang besar juga..dan itu pasti diakibatkan oleh sikap individu sendiri yang memilih untuk mengambil dadah..focal point adalah kelemahan serta kesilapan diri..
Sememangnya sulit untuk kita mengubah satu sistem tapi tak pernah terlewat untuk mengubah diri..bukanlah maksudnya merasa diri kita bagus cukup sekadar kita tak memudaratkan diri serta menyusahkan orang lain..jadi sebelum buat sesuatu duduk jap 5 minit..rileks....pas tu fikir apa kesan tindakan yang bakal kita ambil tu..... : )


